Sunday, 31 January 2010

Remaja Mulia : Hilal Asyraf


Remaja Mulia membawa kelainan apabila memunculkan watak kanak-kanak berusia 12 tahun yang jauh lebih matang daripada usianya. Hilal dalam laman blognya menulis, beliau mahu memanjakan pembaca kanak-kanak “dengan karakter-karakter tarbawi, karakter-karakter baik yang mereka boleh contohi. Agar mereka membesar dengan karakter-karakter ini.”


“... saya reka cerita pelajar darjah enam yang mempunyai kematangan yang baik, akhlak yang soleh dan peribadi yang mulia. Tidak cukup setakat itu, karakter itu memberikan kesan pula pada sahabat-sahabatnya.”

Novel Remaja Mulia membawa kisah Irfan Hakimi, yang bergelar yatim piatu dalam usia 12 tahun. Kanak-kanak yang matang ini bercita-cita tinggi mahu hidup berbakti tanpa menyedari adanya halangan yang menyebabkan satu sekolah memulaukannya dan dia hampir-hampir kecewa. Kalaulah Tuhan tidak bantu dia …

Harga : GBP 4.99

No comments:

Post a Comment